Thursday 30 May 2013



Assalamualaikum.
Kisah Duit Syiling dan Batu




TINGG!

Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.

TINGG!

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan di sekelilingnya. Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya.“Rezeki aku!” kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu. Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.

Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit dan terganggu ,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

P/s : Sahabat sekalian, kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta. Tanpa sedar, Allah sering menjatuhkan ‘syiling’ lambang rezeki, rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan ‘syiling’ itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi, kita acap kali lalai untuk ‘mendongak’ ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan pula ‘batu’ yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu, barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

*Tazkirah ringan. Mudah-Mudahan kita jgn lupa segala nikmat yg Allah berikan. ^_^

~copy dan paste~

Monday 12 December 2011

KisAh KaTaK...


      Sekumpulan katak berkumpul mengelilingi sebuah perigi yg separuh siap.dua ekor katak terperangkap di dlm perigi itu, akibat x berhati2 ketika melompat.mereka melihat dlm mana perigi itu.ternyata terlalu dlm.pantas mrk sepakat ttp x dew harapan.
"kamu tawakal sajalah"mungkin ini nasib kamu!"
jerit katak dr atas kpd due ekor katak di dlm perigi itu.
"kami pon x taw mcm mana kami nk tolong kamu utk naik ke atas,kata katak yg lain."
"itulah kamu npe cuai sgt.ini padahnya jika x berhati2.kalau lah kamu berhati2 semasa melompat,x kan terjadi tragedi mcm nie.,tambah katak yg lain."
namun kedua2 ekor katak itu tetap berusaha sekuat mungkin utk naik ke atas dengan terus-terusan melompat,namun masih gagal jugak.dr atas terus kedengaran suara2 yg hanya melemahkan semangat mereka.setelah agak lama mencuba,salah seekor katak berputus asa.badannya sakit2 dan lenguh2 akibat melompat x henti2.tenaganya pula semakin lemah.dia hanya mampu bersandar pada dinding perigi.ditambah pula semangatnya lumpuh dek kata2 yg x memberangsangkan dari atas.x berapa lama kemudian,dia pon mati.mati katak.kumpulan katak2 di atas hanya mampu melihat.melihat rakannya telah mati,katak yg seekor lagi meneruskan usaha dengan terus melompat.
"kamu x nmpak kah kawan kamu 2 dah mati?kamu pon nnt akan menyusul sama!"
"simpan saje tenaga kamu.membazir je kamu melompat2."
"buat kali terakhir kamu ingin mkan apa?kami akan bawakan."
begitulah pelbagai teriakan kedengaran dari atas.namun katak itu x mempedulikannya dan terus melompat.Akhirnya seperti ada satu semangat baru,katak itu melompat begitu tinggi dan berjaya keluar drpd perigi itu.takjub melihat ape yg berlaku,seekor katak bertanya pd katak tersebut.
"kenapa kamu tetap melompat walaupun kami sudah menyuruh kamu menerima takdir yg kamu mungkin akn mati seperti kwn kamu?"
"sebenarnya telinga saya ada masalah pendengaran.saya ingatkan kamu semua mmberi semangat kpd saya utk terus berusaha melompat.saya lihat mulut kamu semua menjerit sesuatu,seolah-olah memberi semangat kpd saya.sebab itulah saya terus berusaha,saya x mahu mngecewakan kamu semua."

PENGAJARAN:
you're what you think.kadangkala tersalah sangka  juga ada manfaatnya.
terutamanya apabila kita menyangka niat seseorang yg jahat itu sebenarnya
baik utk kita,lalu kita mendapat manfaat drpd nya.

~SELAMAT MEMBACA~

    


Sunday 11 December 2011

Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.



Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan di artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin sebelum ini.  Iaitu :-
رَسُولَ اللَّهِ  يقول من قال
بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ
في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ
بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ
قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ
مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ
حتى يُمْسِيَ
DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ;   At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah  Syeikh Syuaib ; Hasan)
Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.
اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني
آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ
وَأَحْصَنْتُ فرجي
إِلاَّ على زوجي
فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ
DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM
Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim” ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )
Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.
Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.
Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.
Fikirkanlah.
Sekian,Wassalam
sumber dari: Ust Zaharuddin Abd Rahman(pensyarah UIAM)


Thursday 8 December 2011


berhati-hatilah dlm memilih jersi bola pasukan anda.....

RAMAI meminati pasukan bola sepak tertentu dan sokongan dizahirkan dengan memiliki jersi pasukan berkenaan. Namun, disebabkan terlalu minat dan ingin dilihat sebagai sebahagian daripada pasukan terkenal itu, ada antara kita terlepas pandang beberapa aspek yang perlu dipelihara.

Ini termasuk soal pemilihan pakaian menurut Islam hingga jersi yang mempunyai simbol keagamaan seperti lambang salib kita pakai ke sana sini sehingga membawa ke tikar solat.

Menurut Ibn Abbas seperti dinukilkan daripada Tafsir Ibn Kathir, orang pertama memperkenalkan seksaan ke atas manusia dengan kaedah menyalib ialah Firaun. Sehingga pada zaman Nabi Isa, ia dipercayai oleh orang Yahudi dan Nasrani bahawa Nabi Isa disalib.

Rentetan peristiwa itu, maka salib dijadikan lambang keagamaan bagi Nasrani. Disebabkan itu juga, antara tugas yang akan dilaksanakan dengan kebangkitan Isa al-Masih pada akhir zaman ialah menghancurkan salib.


Islam menggariskan beberapa panduan berpakaian dan ada 8 syarat digariskan ulama berdasarkan penelitian mereka berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah untuk dipatuhi iaitu:

-menutup aurat
-x jarang
-pakaian x ketat
-x menyerupai pakaian perempuan bg lelaki dan sebaliknya
-x berlebihan  dlm berpakaian
-pakaian mestila x menzahirkan kesombongan
-x diperbuat drpd material yg haram
-x menyerupai pakaian golongan kafir atau fasik


Imam Bukhari dalam bab al-Libas (pakaian) memasukkan hadis Nabi SAW daripada Aisyah katanya: “Rasulullah tidak pernah membiarkan sesuatu yang bersalib dalam rumahnya melainkan beliau menghancurkannya.”

Memakai jersi yang mempunyai lambang salib atau lambang agama lain adalah satu penyerupaan dalam menzahirkan pakaian orang kafir. Ia dilarang keras dalam Islam berdasarkan kisah disampaikan Ali.

Katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jauhilah kamu daripada memakai pakaian para Rahib. Sesiapa memakai pakaian seperti mereka atau menyerupai mereka, dia bukan daripadaku.”
(Riwayat Imam ar-Thabrani dalam al-Mu’jam al-Ausat)

Memakai jersi tidak menyerupai pakaian orang kafir secara khusus, namun kewujudan lambang salib pada jersi itu yang menimbulkan penyerupaan kerana salib sudah sedia dikenali sebagai lambang agama Kristian.

Seorang Muslim amat membenci kekufuran, dosa dan maksiat. Justeru, ia tidak akan reda sebarang lambang kufur atau pelaku dosa dan kaki maksiat untuk berada pada badannya atau dilihat pada pakaiannya.



Ada yang akan mengatakan, setiap perbuatan itu berdasarkan niat masing-masing atau kami hanya mengenakan jersi pasukan kegemaran kerana terlalu meminati pasukan itu dan bukan untuk bermegah dengan lambang salib.

Namun, niat tidak menghalalkan perbuatan yang jelas zahirnya menyimpang daripada ketetapan agama. Apatah lagi membabitkan persoalan akidah kerana tidak semestinya tidak memakai pakaian mempunyai lambang salib menghalang anda daripada meminati pasukan itu.

Bukankah cintakan Allah itu melebihi cinta kita kepada yang selain-Nya. Atau, atas alasan ‘minat’ dan ‘sokong’ maka kita meleraikan janji setia cinta kita kepada Sang Pencipta.

Wallahu a'lam...

Wednesday 7 December 2011


slamat petang sume...
ble da cuti 3 bulan nie rse rndu plak nk study....x pew c0ming so0n....hehe...
btw...comey an budak kecik nie...!!
kecik2 lg da pkai spek...bkan maen bsar lak 2 spek nye...!!

Tuesday 6 December 2011












                                           
                                             10 GANGGUAN SYAITAN KETIKA SOLAT

1) Berasa was-was ketika melakukan takbiratulihram

Saat membaca takbiratul ihram, ‘Allahu Akbar’, seseorang akan berasa ragu-ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau belum sah.

Sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir. Perasaan itu akan berterusan kadang-kadang sampai imam hampir rukuk.

Ibnu Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat”. Was-was itu membuat mereka terseksa.

2) Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat

Sahabat Rasulullah, Uthman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah.” Rasulullah menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan khinzib.

“Apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah kekiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT gangguan itu dariku” (Hadis Riwayat Muslim).

3) Lupa jumlah rakaat yang dikerjakan

Abu Hurairah r.a berkata, “Sesungguhnya Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jika seorang daripada kalian solat,syaitan akan datang kepadanya untuk menggoda sampai mereka tidak tahu berapa rakaat yang dikerjakan. Apabila seorang daripada kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

4) Hadirnya fikiran yang memalingkan tumpuan

Abu Hurairah berkata, “Rasulullah bersabda yangbermaksud: “Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan.

Apabila muazin selesai azan, ia kembali lagi danjika iqamat dikumandangkan dia berlari. Apabila selesai iqamat, dia kembali lagi.

Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya,’Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat!’ Sehingga orangitu tidak tahu berapa rakaat ia solat.” (Hadis Riwayat Bukhari).

5) Tergesa-gesa menyelesaikan solat

Ibnu Qayyim berkata: “Sesungguhnya tergesa-gesa itu datang daripada syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah yang menghalangi seseorang untuk berhati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Tidak ada ketenangan atau thuma’ninah. Pada zaman Rasulullah ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah memerintahkannya untuk mengulanginya kerana solat yang ia kerjakan belum sah.

Rasulullah bersabda kepadanya, “Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah daripada al-Quran yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk (thuma’ninah), lalu bangkitlah daripada rukuk sampai kamu tegak berdiri.

Kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud(thuma’ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu.” (HadisRiwayat Bukhari dan Muslim).

6) Melakukan gerakan yang tidak perlu

Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat.

“Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan itu berasal daripada syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah”. Orang itu bertanya, “Apa yang dilakukannya? “Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. “Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w,” kata Ibnu Umar (Hadis Riwayat Tirmidzi).

7) Melihat ke kiri atau ke kanan ketika solat

Sedar atau tidak, jika seseorang itu melihat kekiri atau ke kanan, itu akibat godaan syaitan yang menggoda. Kerana itu,selepas takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan dicuri syaitan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Aisyah beliau berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah hukum melihat ketika solat”. Rasulullah menjawab, “Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba.” (Hadis Riwayat Bukhari).

8) Menguap dan mengantuk

Rasulullah bersabda bermaksud: “Menguap ketika solat itu daripada syaitan. Kerana itu, apabila kamu ingin menguap, tahanlah.”(Hadis Riwayat Thabrani).
Dalam riwayat lain Rasulullah bersabda, “Ada pun menguap itu datangnya daripada syaitan, hendaklah seseorang mencegahnya(menahannya) selagi boleh. Apabila ia berkata ‘ha…’ bererti syaitan tertawa dalam mulutnya”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

9) Bersin berulang kali ketika solat

Syaitan ingin mengganggu kekhusyukan solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas’ud, “Menguap dan bersin dalam solat itu daripada syaitan.” (Riwayat Thabrani).

Ibnu Mas’ud berkata, “Bersin yang tidak disenangi Allah adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah. Hal itu tidak lain kerana syaitan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan pelbagai cara.”

10) Terasa ingin buang angin atau buang air

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang daripada kalian bimbang apa yang dirasakan di perutnya apakah keluar sesuatu daripadanya atau tidak, janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya” (HadisRiwayat Muslim).

Berbahagialah orang Muslim yang selama ini terbebas daripada pelbagai macam gangguan syaitan dalam solat mereka. Semoga kita semua dibebaskan Allah daripada gangguan berkenaan.

p/s: jum kite same2 pelihare solat kite....semoge ianya diterime oleh Allah S.W.T...amin... :)

Tuesday 29 November 2011

tanggal 19-26 november aq tlah mnyertai kem tahfiz di asrama yayasan klang selangor
tp aq bertugas sebagai faci...bkan peserta...aq tlah ditugaskan utk mnjadi faci kpd plajar2 f0rm 4...
group kmi dinamekan Balqis...sedap nme 2...sye suke...huhu....simple....
gmbar ni diambil sbagai tnde kenangan kmi semua di dlm kem nie...

hehe...sje2 upload nme....x slahkan??hehe